Knock..Knock..Knock.. |
I love stalkers!
More than words.
ShoutMix chat widget You know you love me, too.
Layout is by Cia: (Blog | Acc)Icons/banners are from: Stopthetime / Reviviscent respectively. Links inspiration are from: Alissa. xoxo |
Bicara budaya, jangan lewatkan makanannya
Sabtu, 24 Juli 2010
Siapa yang bersemangat apabila berbincang mengenai makanan?Contohnya saja, apabila kita melancong ke luar negara, objek utama yang menjadi sasaran selalunya ialah makanan setempat. Bertuah, kali ini saya menulis tentang kebudayaan Melayu yang merupakan syurga makanan yang terkenal sentiasa dapat membangkitkan selera. Manusia tidak dapat hidup berjauhan daripada makanan. Sejak kecil lagi, kita sudah diajarkan bahawa keperluan asas manusia untuk tetap bertahan hidup ialah makanan, pakaian dan tempat berteduh. Makanan yang disantap manusia dari berbilang bangsa pun berbeza-beza. Ia tergantung kepada ketersediaan bahan-bahan yang banyak ditemukan di daerah tempat mereka tinggal. Negara-negara di Asia kaya akan rempah-rempah. Sebagai padahnya, kebanyakan penganan yang disuguhkan di Asia memiliki rasa dan aroma yang amat kuat dengan lada, cengkih, jahe dan sebagainya.Cara memasak makanan pun bermacam-macam. Daripada bahan yang sama, cara mengolahnya dapat dipelbagaikan. Saya sendiri memiliki beberapa makanan Melayu kegemaran yang sebetulnya mirip dengan beberapa makanan daripada bangsa lain. Otak-otak vs pepes Jika bangsa Melayu ada otak-otak, bangsa Indonesia pula mengenal pepes. Keduanya menggunakan ikan sebagai bahan dasar yang kemudian dibungkus dengan daun, namun, rasa dan hasil akhirnya berbeza. Otak-otak lazimnya terbuat daripada ikan tilapia merah, patin dan keli. Ia lalu dibungkus dengan daun kelapa atau daun nipan lalu dibakar di atas dapur arang. Pada gigitan pertama, rasa khas daripada ikan air tawar langsung menyengat lidah. Berbeza dengan pepes yang terbuat daripada ikan tenggiri dan masih lagi dicampur dengan telur dan irisan cabai, bawang dan bahan-bahan lain. Hasilnya, rasa ikan yang terdapat di dalamnya tidak lagi begitu terasa, berbaur dengan bahan-bahan lain. Dodol vs Banh Chung Kedua-dua kuih tradisional ini terbuat daripada beras. Bezanya dodol menggunakan tepung beras, sementara banh chung menggunakan beras itu sendiri. Dodol merupakan makanan yang begitu menggambarkan bangsa Melayu. Apabila seseorang ingin menikmati penganan ini, pasti akan langsung terlintas dalam fikiran mereka, Melayu. Dodol terbuat daripada tepung beras, santan, gula dan garam. Warnanya cokelat tua dan berkilat. Sungguh menggoda selera biar dipandang sahaja. Proses pembuatan dodol memakan masa yang lama, lebih kurang 4 jam. Kemahiran dan pengetahuan tertentu diperlukan dalam membuat dodol. Ia tidak boleh asal dibuat sahaja untuk mendapatkan rasa yang sempurna. Oleh itu, generasi muda yang tidak memilki kesabaran akan mengalami kesuliatan membuat dodol, kebanyakan orang-orang tua yang mahir membuat dodol. Banh chung berwarna hijau. Ia pun berkilat walaupun tidak nampak sejelas kilat dodol. Di dalamnya dimasukkan pelbagai kacang-kacangan yaang berukuran sama. Beras harus direndam sepanjang hari sebelum diolah untuk mendapatkan hasil yang baik. Rasanya pun berbeza dengan dodol yang manis dan lembut dikunyah. Banh chung memiliki tekstur yang lebih keras. Rendang vs Steak Bicara tentang daging, siapa boleh menyangkal kenikmatan rendang? Rasa pedasnya yang berbaur dengan santan kelapa, dagingnya yang empuk menjadikan rendang antara makanan yang paling dicari dan digemari oleh pelancong. Bumbunya pula menambah kenikmatan dan keunikan hidangan ini. terdapat serentetan bahan-bahan yang digunakan untuk membuat rendang. Ia hampir seperti asal mencampur rempah-rempah ke dalam satu hidangan. Namun, buku jangan asal dipandang sampulnya, rendang pun jangan hanya dipandang bentuknya. Campuran kelapa, kunyit, cabai, lengkuas justeru memberikan rasa yang berbeza daripada masakan lain yang menggunakan daging sapi juga. Terutama sekali untuk mereka yang menyukai penganan pedas, rendang merupakan makanan yang mesti disantap. MESTI. Versi barat daripada rendang adalah steak. Daging sapi dipanggang dan tidak dipotong kecil-kecil seperti rendang. Kemudian kuah berwarna cokelat pekat yang kaya akan lada, kecap dan bawang akan dituangkan di atasnya. Steak biasanya disajikan dengan kentang goreng dan sayur-sayuran rebus. Meskipun steak pun sudah dikenal dan digemari oleh ramai bangsa di Asia sejak lama, saya sendiri lebih memilih rendang, mungkin kerana saya penggemar rasa pedas dan rendang berhasil menciptakan 'burning sensation' setiap kali saya menyantapnya. Sebagai akhirulakalam, makanan banyak mempegaruhi dan dipengaruhi oleh cara hidup sesebuah bangsa yang tinggal di satu tempat. Oleh itu, ia juga merupakan bahagian penting daripada budaya yang tidak boleh (dan kemungkinan besar tidak akan) terlupakan. Sebab, pada zaman ini di mana industri pelacongan kian berkembang, selain daripada seni persembahan, makanan merupakan aset berharga untuk sebuah bangsa supaya kekal dikenang. Budaya dalam tarian
Jumat, 23 Juli 2010
Di mana dapat kutemukan budaya Melayu? Jawapannya mudah sahaja, kawan. Dalam dendang lagu, tutur kata, GERAK TARI.Kebanyakan ragam tarian yang diciptakan dewasa ini mungkin lebih cenderung untuk mengekspresikan emosi . Ya, emosi kerap kali nampak jelas dalam tarian semacam tari kontemporer dan tango. Kontemporer yang kental dengan melankolisme dan tango yang menampakkan romansa yang membara. Sekalipun ada tarian yang lebih memberikan tumpuan kepada gerakan, bukan segi emosi yang ditonjolkan, seperti hip hop, gerakannya pun masih terpaku pada lagu yang dimainkan. Maksudnya, ragam tarian mengikuti lirik lagu dan mengekspresikan lagu yang dimainkan. Namun, lain ceritanya dengan tarian tradisional Melayu... Tarian tradisional Melayu pula jarang yang menyerlahkan emosi. Kebanyakan tarian ini bertumpu pada penciptaan ragam yang anggun, lembut, namun tetap bertenaga. Uniknya, berbeza dengan hip hop, tarian Melayu tidak mengekspresikan lagu yang dimainkan, justeru sebaliknya, lagu yang dimainkan hanya memperkuat kesan daripada ragam yang ditarikan. Ragam Melayu diciptakan berdasarkan kehidupan keseharian orang-orang Melayu. Dengan kata lain, BUDAYA masyarakat Melayu. Rangkaian ragamnya biasanya melambangkan suatu upacara atau kegiatan yang sangat dekat dengan kehidupan masyarakatnya. Contohnya, tarian ayam didik yang menggambarkan budaya sabung ayam yang pada dulunya sangat popular di kalangan pemuda Melayu. Gerakannya mengikuti gerakan ayam jantan yang sedang bersabung. Ada juga tarian Cinta sayang yang melambangkan ucapan selamat pergi dan pulang ketika pergi menangkap ikan di laut. Ia menyerlahkan kehidupan orang Melayu pada zaman dahulu yang kebanyakan mungkin bekerja sebagai nelayan. Tarian canggung merupakan antara tarian yang paling unik. Ia disebabkan kerana selain menari para penarinya juga harus turut menyanyikan pantun-pantun Melayu. Daripada tarian ini dua aspek budaya Melayu dapat diperoleh. Budaya berpantun dan seni tari itu sendiri. Pendek kata, dengan menonton tarian Melayu kita dapat lebih memahami budaya dan kebiasaan kehidupan orang-orang Melayu sebab kebanyakan tarian dibuat berdasarkan budaya yang berakar umbi di golongan masyarakat Melayu. Sambil menyelam minum air, begitulah kata pepatah. Di samping persembahan seni tari yang memukau, secara tidak langsung kita juga sebenarnya sedang menyaksikan peragaan budaya Melayu, sama ada yang masih berlaku sampai masa kini ataupun yang sudah tidak diamalkan lagi. Pastinya, kita tidak akan pulang dengan hanya perasaan kagum akan gerakan tariannya sahaja, tetapi juga dengan pengetahuan baharu akan kebudayaan Melayu. Terbentuk bangsa kerana budaya. Dengan kata lain budaya ialah perekat bangsa. Tidak berlebihan bukan apabila budaya kita berusaha menonjolkan budaya dalam apa-apa sahaja aktiviti yang kita lakukan demi menjaga budaya agar selalu dekat dengan hidup kita dan dilestarikan pengamalannya. Berkebaya ternyata tidak mudah!
Kamis, 22 Juli 2010
Sempena menyambut hari Keharmonian Kaum, sekolah saya mendorong murid-muridnya untuk memakai pakaian etnik yang ada di Singapura, iaitu Melayu, India dan Cina. Serta-merta saya pun memilih untuk berkebaya. Saya fikir ia merupakan pakaian yang paling nyaman dipakai namun tetap elok dipandang. Namun, ternyata anggapan saya tidak seratus peratus benar. Terdapat sikap dan pesona istimewa yang perlu dijunjung dan ditonjolkan semasa mengenakan busana ini yang secara tidak langsung juga mengajarkan saya nilai-nilai budaya Melayu.Baju etnik, boleh dikatakan merupakan tanda pengenal budaya yang paling berkesan di mata masyarakat dunia. Daripada cara berpakaian tradisional sebuah bangsa dapat diketahui cara hidup, nilai-nilai yang dijunjung tinggi serta sedikit seni budayanya sebab warna, perlengkapan mahupun reka bentuk pakaian kebanyakan mengandung erti-erti tersendiri untuk sesebuah bangsa. Berkebaya sendiri menitikberatkan nilai budaya berhemah tinggi. Wanita Melayu yang menggunakan kebaya selalunya berjalan dengan perlahan dan anggun. Bahagian badan kebaya serat kain songket yang potongannya mengikuti bentuk tubuh mengharuskan siapa sahaja yang memakainya untuk berdiri tegak dan berperawakan lembut. Bukan alang kepalang sulit, bahkan hampir mustahil untuk mereka yang tidak terbiasa memakai baju kebaya, untuk berlari dengan mengenakan busana ini. Seterusnya, nilai sopan santun pun dapat diketengahkan. Pada dasarnya, kebaya memang direka berdasarkan nilai budaya yang satu ini. Pakaian ini tidak mendedahkan bahagian tubuh secara ekstrem. Kebaya berlengan panjang dan kain songket yang dipasangkan dengan kebaya pula menyentuh mata kaki. Daripada reka ini, dapat kita petik satu nilai penting (terutama untuk kaum perempuan) bahawa kesopanan berpakaian sangat penting. Tidak semestinya untuk tampil cantik, wanita berpakaian yang mendedahkan aurat. Betapa pentingnya budaya menjaga kehormatan dan maruah serta kesopanan dalam masyarakat sehingga ia menjadi pertimbangan utama dalam perekaan pakaian etnik bangsa Melayu. Walaupun pada masa lampau lebih banyak dipakai sebagai pakaian sehari-hari, dewasa ini kebaya digunakan pada majlis-majlis resmi tertentu seperti perkahwinan ataupun upacara adat. Kalau tak ada berada takkan tempua bersarang rendah. Ada alasan-alasan tersendiri mengapa kebaya menjadi pilihan utama ramai untuk perayaan-perayaan penting. Selain daripada aspek kesopananan, kebaya yang potongannya selalu tampak kemas di badan pemakai menunjukkan tahap keresmian tersendiri. Corak kain songket dan sulaman pada kebaya menunjukkan seni membatik Melayu yang memang terkenal di serata dunia. Perpaduan warna serta corak yang begitu rumit lebih lagi menunjukkan bahawa kebaya tidak 'asal' dibuat. Tidak hairanlah jika busana ini masih lagi mendapat tempat istimewa di hati masyarakat Melayu. Ia sama peranannya seperti lounge suit untuk masyarakat Barat. Memandangkan sebuah kebaya sahaja mengandung begitu banyak nilai dan erti untuk segenap bangsa Melayu, perawakan saya ketika memakai kebaya sungguh harus dikawal. Sama seperti usaha para pembatik dan penyulam kain songket dan kebaya yang dengan titik peluh serta segenap tenaga menghasilkan busana yang mempesona, saya pun tidak boleh 'asal' memakai pakaian kebaya. Ada nilai-nilai budaya yang patut diberi tumpuan sekaligus dipelajari untuk memperkaya budi dan adat budaya. Tidak salah bukan apabila saya berpendapat bahawa berkebaya itu tidak mudah. Sentuhan baharu untuk muzik melayu di setiap generasi
Sabtu, 17 Juli 2010
Evolusi merupakan perubahan secara beransur-ansur pada setiap generasi. Evolusi merupakan pembentukan yang lebih kompleks. Evolusi merupakan pembaharuan tanpa menghilangkan unsur-unsur yang telah lebih dulu dibentuk. Semasa hari silih berganti dan detik-detik kehidupan terus bergulir, dunia berevolusi. Manusia, haiwan, tumbuhan, fesyen, makanan, budaya, MUZIK..Di mana ujung pangkal muzik melayu? Dewasa ini kita semua mengenal dangdut sebagai salah satu aliran muzik yang begitu dekat dan lekat dengan budaya Melayu. Namun, bukan rahsia pula bahawa dangdut merupakan perpaduan daripada lantunan mendayu-dayu muzik Melayu dengan irama 'meliuk' dari India. Lantas, bagaimana alunannya muzik Melayu kali pertama ia didendangkan? Pada dasarnya, muzik itu sendiri memang didekripsikan sebagai gudang kreativiti. Ia tidak hanya terdiri daripada satu unsur melainkan terdiri dari pelbagai macam perpaduan dengan banyak elemen menarik muzik-muzik lain. Sukar rasanya untuk boleh mengetahui jenis lagu dan irama mana yang merupakan muzik melayu 'murni'. Walaupun demikian, dangdut jelas memiliki moyang. Melayu Deli. Melayu Deli kental dengan alunan instrumen suling, akordeon, bas, gambus, dan juga gendang. Ia merupakan aliran muzik yang naik marak di sekitar tahun 50an dan begitu terkenal di serata masyarakat Melayu. Penyanyi-penyanyi yang menjadi pasukan garda depan muzik melayu seperti Elvy Sukaesih, Said Effendi, Elya Agus turut menciptakan lagu-lagu yang disukai ramai. Hingga kini semasa lagu-lagu Melayu lama ini didendangkan, ia boleh membangkitkan kenangan lama pendengarnya. Beberepa lagu bahkan masih sering terdengar di majlis-majlis perkahwinan (sayang saya belum lahir di zaman ini, payahlah rasanya mendengar lagu macam ini berbanding dengan Alejandro-Lady Gaga :D) Aliran lain daripada muzik Melayu yang juga dikenal ramai pada zaman ini adalah keroncong. Jenis muzik ini, banyak menggunakan instrumen ukulele, gitar, flut yang menggantikan suling dan selo yang menggantikan gendang. Ia kali pertama diperkenalkan oleh bangsa Portugis yang datang ke Nusantara. Tak lama setelah ini, keroncong sudah dikenal hingga ke semenanjung Malaka dan seluruh Indonesia. Lagi-lagi kerana saya memang bukan pemuja lagu rentak lambat, hanya satu sahaja lagu keroncong yang boleh saya sebutkan judulnya, Selendang Sutera. Ketika lenganku terluka, selendang suteramu turut berjasa. Selendang sutera kini pembalut luka, cabik semata tercapai tujuannya. Generasi pun berganti dan evolusi terjadi. Rhoma Irama dan Koes Plus menguasai industri muzik melayu dengan membawa sentuhan baharu bagi muzik Melayu. Dangdut namanya. Tabla menggeser penggunaan gendang, unsur muzik India dan Arab sayu-sayu terdengar di tengah rentakan dangdut yang kebanyakan lebih pantas daripada keroncong ataupun Melayu Deli. Kini, bukan pemandangan baharu lagi melihat masyarakat melayu bergoyang mengikuti irama dangdut dengan dua jempol teracung seolah hendak memberi tahu sesiapa sahaja yang lewat bahawa muzik dangdut ini 'sedap sangaaaaaatttttttt dik...' Kalau kali ini saya tidak tertinggal jauh daripada segi generasi. Bolehlah saya sesekali menikmati muzik dangdut. Ternyata irama dangdut dapat juga menentramkan fikiran yang sedang carut marut. Terutama apabila muzik yang mengalun tidak hanya didendangkan belaka tetapi juga turut ditarikan sesuai dengan rentaknya. Bersyukur sungguh bersyukur bangsa Melayu yang diberikan kurnia keindahan muzik yang begini. E...VO...LU...SI... Dua puluh tahun di masa depan, muzik macam apa lagi yang boleh kita nanti? Dua puluh tahun ke depan, usia saya pun sudah tidak terbilang muda-hampir mendekati 40 tahun!!- mungkin saya pun akan lebih memilih untuk bergoyang seirama dengan muzik dangdut berbanding dengan jenis-jenis muzik baharu. Tetapi alangkah tenteramnya hati apabila mengetahui budaya Melayu masih dapat terus berkembang dan kreativiti anak bangsa tidak mati terhakis zaman. Sebab evolusi, apa pun bentuknya, hanya akan terjadi apabila ada ikhtiar yang dilakukan untuk terus bertahan di tengah pergantian masa dan budaya yang pantas. Jika yang terjadi sebaliknya, mungkin dua puluh tahun dari sekarang , dangdut pun hanya tinggal di dalam kotak-kotak kosong CD yang berselimut debu di pinggiran rumah. Terlupakan, saya katakan. Intan berlian bahasa : PANTUN
Jumat, 16 Juli 2010
Tingkap papan kayu bersegi Sampan sakat di Pulau Angsa Indah tampan kerana budi Tinggi darjat kerana bahasa Apalah jadinya apabila bahasa Melayu tidak pernah mengenal pantun? Boleh dikatakan ia seperti sayuran masak tanpa garam. Hambar. Secara amnya, pantun ialah salah satu seni berbahasa dalam budaya Melayu. Ia merupakan perpaduan daripada ketajaman minda dan kemahiran menggunakan bahasa. Seseorang mesti dapat mengaitkan pantun yang biasanya digunakan sebagai pembuka mahupun penutup hujah dengan pesan yang hendak disampaikan. Bahasa yang digunakan elok didengar, namun makna daripada pantun tersebut tetap dapat difahami oleh ramai orang secara jelas. Pantun merupakan budaya berbahasa Melayu yang unik. Dua baris pertama daripada pantun selalunya membuat hati menerka-nerka apa yang hendak dikata berikutnya. Pesan yang disampaikan melalui pantun juga lebih lekat di ingatan sebab cara penyampaiannya yang tidak biasa. Biasanya, ramai orang berpendapat bahawa bahasa yang dirangkai dengan kata-kata indah dan menjurus ke sastera sulit dimengerti isinya. Hanya beberapa golongan tertentu yang dapat sungguh menelaah dan kemudian menterjemahkan untaian kata-kata istimewa ini ke dalam bahasa awam. Akan tetapi, bahasa merupakan khazanah setiap insan yang berbangsa, satu untuk semua. Malang betul tentunya apabila bahasa tidak dapat dinikmati oleh pemiliknya. Tambahan pula, tidak kisah seberapa indah bahasa yang tertulis mahupun terucap itu, apabila ia tidak dapat dimengerti, keindahannya akan sia-sia belaka. Budaya berpantun tidak perlu berdepan dengan masalah demikian. align="left"> Pantun boleh menjadikan pesan sederhana yang disampaikan oleh seseorang lebih berkesan. Tidak semestinya pesan yang sederhana juga disampaikan seperti bayu yang berpuput lesu di telinga pendengarnya. Perpaduan kata-kata kias boleh menambat hati pendengar dan tentunya akan lebih berkesan. Namun, walaupun sudah sipadukan dengan kata-kata kias, pesan yang disampaikan masih dapat dengan jelas diterima. Tidak hairan apabila budaya berpantun begitu dekat dengan masyarakat Melayu. Ia merupakan seni berbahasa yang dapat digunakan di kehidupan keseharian dan ketika berhadapan dengan orang dari segala golongan masyarakat. Terpelajar ataupun tidak,tua dan muda. Tinggi darjat kerana bahasa. Jika bahasa dikatakan sebagai budi bangsa yang mencerminkan darjat masyarakatnya, alangkah elok apabila setiap insan dalam masyarakat dapat berbahasa dengan baik. Bukan hanya asal bicara, tetapi dapat menyiratkan keindahan dan kekayaan daripada bahasa yang digunakan. Untuk menyampaikan suatu pesan atau amanah melalui puisi, payah betul. Setidaknya puisi harus terdiri daripada dua bait dan bahasa yang digunakan pun tinggi sudah tingkat kesulitan dan pemahamannya. Bagaimana dengan 4 baris kalimat yang terdiri dari dua baris kalimat kiasan dan seterusnya pesan dapat disampaikan dengan jelas? Pantun. Setiap masa, di mana sahaja, kita boleh berpantun dengan masyarakat sebangsa. Bahasa tak alang kepalang menawan, pesan tersampaikan dan budaya kian terserlah. Inilah intan berlian bahasa kita. Pantun. Panggung emas
Senin, 12 Juli 2010
Selalu teringat malam di mana saya menonton sandiwara Bawang Putih Bawang Merah. Ia merupakan sebuah pementasan yang menakjubkan. Ceritanya, seperti kebanyakan cerita rakyat lain, kaya akan pesan moral. Tambahan pula, tokoh-tokoh dalam cerita ini dilakoni dengan penuh penghayatan.Tetapi, selain daripada kemahiran para pelakonnya yang berjaya menghidupkan tokoh-tokoh utama seperti Bawang Putih, Bawang merah dan Mak Kenduri, keelokan pementasan ini juga terletak pada pengaturan cahaya serta muziknya. Penggunaan seruling sebagai alat muzik utama boleh menciptakan suasana yang sendu ketika ayah Bawang Merah meninggal mahupun pada saat Mak Kenduri memperlakukan Bawang Merah tanpa belas kasih. Alunan muziknya mendayu-dayu memenuhi seluruh teater dan banyak mempengaruhi perasaan penontonnya. Semasa adegan ini, hanya terdengar isak tangis merdu Bawang Merah dan suara seruling yang mengalun mesra. Tak sedikit penonton yang dibuat menitikkan air mata olehnya. Pemain kompang mula dengan lincahnya memainkan ala muzik ini dan menciptakan rentak nada yang menghibur hati. Kebanyakan kompang dimainkan ketika Bawang Merah berayun-ayun di hutan dan juga ketika Putera Raja berburu. Lebih menariknya lagi, muzik untuk pementasa drama tidak dirakam terlebih dahulu, melainkan dimainkan langsung semasa pementasan. Di samping panggung utama, terdapat panggung kecil untuk para pemain muzik. Mata ini juga tak lelah memandang panggung yang dihias dengan cantiknya. Banyak hiasan-hiasan panggung yang digunakan dengan warna-warna yang menarik. Pohon buatan dan bunga-bungaan semuanya memancarkan cahaya yang membuat ramai orang berdecak kagum ketika sorot lampu menyapu panggung . Ia juga merupakan satu hal yang saya kagumi daripada seni pementasan Melayu. Penggunaan warna yang berani. Tidak seperti kebanyakan drama beraliran kontemporer masa kini yang menggunakan warna-warna gelap dan sedikit benda di panggung, pementasan Melayu terkesan begitu detil dan kaya akan seni, sama ada ia seni lukis, seni hias ataupun muzik, Beberapa nyanyian diselingkan di dalam dialog pelakonnya. Gurindam dan pantun pula menambah kepelbagaijenisan dialog dalam drama ini. Bahasa yang digunakan dalam pantun dan gurindam, apabila saya tidak tersilap, merupakan bahasa Melayu lama. Sudah jarang sekali terdengar dewasa ini. Namun justeru itulah yang menjadi daya tarik tersendiri. Keindahan berbahasa. Tidak terlupakan : sesaat setelah lampu dimatikan dan hanya panggung yang bersinar terang dengan warna-warna yang berpadu indah, bolehlah saya katakan panggung itu nampak bercahaya bak emas, lantainya, dindingnya, semuanya mampu menciptakan pemandangan yang sempurna ketika menggambarkan hutan asri tempat Bawang Merah bermain dan istana tempat dia tinggal kelak. Pemandangan yang tidak terlupakan Dan di tengah kesunyian...
Sabtu, 10 Juli 2010
13 Februari 2010, Lembang, Bandung, Indonesia.Tak habis rasanya saya hendak mengutuki diri sendiri. Maksud hati hendak menghindari acara keluarga yang memenatkan, kini malah harus meratap di tengah kesunyian lobi hotel. Dua senjata ampuh pengusir kebosanan pula tidak berdaya kali ini. Iphone : Tidak lagi 'bernyawa'...Hanya kegelapan yang mengintip balik seolah mencemooh kebodohan pemiliknya yang terlupa mengisi ulang baterinya sebelum pergi tadi. PSP (Playstation Portable) : Berehat dengan manisnya di dalam laci kamar saya. nun jauh di seberang lautan, Singapura (bahkan sudah tak sanggup rasanya saya menghela nafas panjang ketika teringat akan hal ini) Kunci kamar hotel pun tidak ada di tangan sebab siapa yang menyangka bahawa acara keluarga hari ini boleh berlangsung begitu lama. Saya kira sebelum saya sampai di hotel ini, ibu bapa pasti sudah kembali ke hotel. Maka, di sinilah saya berakhir, lobi hotel, tenggelam dalam rasa bosan dan kesal. Saya melirik abang Adi yang raut mukanya sudah berubah masam. Nasib beliau tidak kalah buruknya. Telefon bimbitnya juga sudah 'tewas'. 15 menit...20 menit...1 jam... Tidak kuasalah saya terus duduk terdiam lebih lama lagi. Saya pun berdiri mengitari lobi hotel. Mata saya terpaku pada sebuah papan berlubang yang tidak asing :congkak. Saya duduk di kursi pemainnya dan abang pun bergabung. Mungkin bukan idea baik. Bila terakhir kali saya bermain congkak? Ahhhh 9 tahun lalu rasa-rasanya. Namun, segera semasa saya memulai permainan, segala rasa penat dan bosan hilang dari kalbu. Serentak kami mulai memasukkan buah-buah congkak ke dalam lubang-lubangnya. Berfikir, menhitung dan menyusun rencana supaya ketika buah akhirnya jatuh ke dalam lubang kosong, lubang itu tetap berada di dalam rumah sendiri sehingga bolehlah kami menembak rumah lawan yang berhadapan dengan lubang tempat buah ini terakhir jatuh. Apabila giliran abang bermain, hati ini berdebar-debar ikut mengira di mana buah terakhir akan berakhir. Adakah ia jatuh di rumah saya sehingga matilah abang dan giliran saya bermain, atau ia akan jatuh di lubang yang penuh dengan buah dan abang akan terus bermain atau ia jatuh di lubangnya sendiri dan akhirnya malah menembak rumah saya? Kami memberikan tumpuan penuh pada permainan ini. Begitu pintarnya abang bermain. Hitungannya tepat dan dia selalu membuat pilihan yang baik ketika memilih buah di lubang mana yang akan dia ambil untuk melanjutkan permainan. Di akhir permainan pertama, ketika semua buah sudah habis, kami pun mengisi kembali lubang di rumah masing-masing. Seperti yang saya duga, ada dua lubang di rumah saya yang 'terbakar' kerana buah saya tidak cukup untuk mengisi semua lubang. Dalam kesunyian kami saling 'menyerang', perasaan senang dan cemas yaang kami rasakan tidak berbeza dengan ketika kami bermain dengan Iphone ataupun PSP. Satu jam telah berlalu... Ibu bapa pun sudah sampai di hotel dan memberikan kunci kamar kepada abang. Namun, kami masih terpaku di kursi ini, belum rela beranjak. Hingga akhirnya jem menunjukkan pukul 2 setengah dini hari ketika kami menutup permainan ini. Di tengah kesunyian malam itu, kami menemukan kembali kebahagiaan masa kecil kami jauh sebelum PSP ataupun Iphone dikenal orang. Kecuali untuk abang Adi yang tetap kukuh berpendapat bahawa dia tidak terlalu menikmati permainan perempuan macam ini. Menikmati atau tidak, yang pasti dia duduk di kursi itu bermain bersama saya 4 jam lamanya, tidak beranjak, terpaku di sana...:)) Percakapan pada menit ke 91
Selasa, 06 Juli 2010
Semasa menonton Pertandingan Bola Sepak Dunia antara Belanda dan Uruguay, beberapa kawan-kawan saya dan tentunya saya sendiri berbincang mengenai bola yang digunakan dalam pertandingan bola sepak tahun ini.Ramai yang mengatakan bahawa bola yang dikeluarkan oleh perusahaan Adidas yang merupakan jenama yang terkenal di kalangan pencinta sukan, tidak memenuhi standard yang telah ditetapkan. Ia teramat ringan dan oleh itu sulit untuk dikontrol bahkan oleh pemain sekelas Cristiano Ronaldo. Tanggapan kami, A : Kurang pantaslah Robben tuh, sulit dia pakai bola 'terbang' macam ni. B: Ramai pemain bola sepak melempar kesalahan kepada bola yang digunakan FIFA padahal memang mereka tidak berupaya cukup keras untuk menjaringkan gol, atau mungkin memang lawan mereka tuh tangguh luar biasa. Tak payahlah mengelak. Saya : Berkeluh kesah, hanya berkeluh kesah yang boleh dilakukan oleh pemain-pemain ini. Sudah lebih kurang satu bulan lamanya pertandingan ini berlangsung, tak bolehkah mereka beradaptasi dengan bola yang digunakan. B: Betul, tak dapat jaringkan gol, salahkan bola, tak dapat umpan bola yang baik, juga bola yang disalahkan. huff... A: Eh, sedar tak awak semua ini, mereka tuh main bola sepak pakai bola macam ini mirip dengan sepak takraw. Bola di sepak takraw pun ringan, bukan? B: Awak cakap ada benarnya juga, hha.. Hanya sahaja bola sepak takraw tuh terbuat dari rotan ya, tak perlu pakai jenama terkenal dan kulit mahal. A: Kalau begitu, kita ini yang pandai bermain sepak takraw sebetulnya boleh disetarakan ya kemahiran bermain bola sepaknya dengan para pemain ini. Tak kalahlah saya sama Sneijder tuh. Saya dan B :............................... (Percakapan di menit 91 berakhir, :D, biarlah teman kami, A, terbang dalam 'imajinasinya' sendiri. Tak payahlah dijatuhkan ke alam nyata) Khazanah sastera Melayu
Minggu, 04 Juli 2010
Bolehlah posting kali ini saya mulakan dengan cerita-cerita rakyat Melayu yang sungguh menawan hati...(petikan daripada: http://books.google.com.sg/books?#id=xaDvPTglxZUC&pg=PA117&lpg=PA117&dq=cerita+rakyat+pak+pandir&source=bl&ots=ZaXNppq4df&sig=7aewtghB8x4on70AQVM2AK9nOHo&hl=en&ei=-iIxTNGNFJSkcbv04K0D&sa=X&oi=book_result&ct=result&resnum=5&ved=0CC8Q6AEwBA#v=onepage&q&f=false)
Remuk redam hati ini membayangkan perbuatan suami isteri tersebut. Bagi mereka kebahagiaan menjadi orang tua tiadalah sebanding dengan rasa malu yang harus ditanggung dan bukan sebaliknya. Habis manis sepah dibuang. Ketika mengetahui anak mereka memiliki kecacatan dia tidak lagi dihargai lalu dihempaskan dari kehidupan, jauh dari ingatan. Seolah telah meramalkan masa hadapan, penulis telah menceritakan gejala sosial yang kini melanda masyarakat. Aborsi. Sampai saat ini, telah terdapat kira-kira 20 juta aborsi yang dilakukan di serata dunia. Aib dan malu, apabila bayi lahir di luar nikah. Payah membesarkan jika dia lahir cacat. Apalah dosa bayi-bayi ini sehingga mereka tidak lagi berhak dihadiahi dunia? Sungguh jauh lebih memerihkan 'cerita masyarakat' masa kini.
-cerita Ketukung Togel Negara-negara bola sepak raksasa seperti Perancis, bahkan juara dunia tahun 2006 sekalipun, Itali , ditumbangkan oleh lawan yang sama sekali tidak diunggulkan, Afrika Selatan dan Slovakia. Jerman dikalahkan oleh Serbia. Tambahan pula Sepanyol yang sempat tersandung pada pertandingan pertama melawan Switzerland. (Bertuah, mereka masih boleh memenangi pertandingan berikutnya dan kini memasuki putaran seperempat final :D) Berita buruk bagi pencinta bola sepak dan pendukung kedua-dua negara, BENCANA BAGI PENJUDI BOLA SEPAK. Siapa boleh menyangka akan seperti ini jadinya, hampir semua negara yang boleh dikatakan merupakan jagoan ramai orang justeru tampil mengecewakan. Pertandingan Bola Sepak Dunia tahun ini memang penuh kejutan ! Sebagai padahnya, kes-kes bunuh diri kerana masalah kalah taruhan bola ataupun gejala-gejala penyakit jiwa meroket dalam masyarakat. Pada dasarnya segala bentuk perjudian tidak peduli betapapun kecilnya ia, diharamkan di banyak agama dan golongan masyarakat. Akan tetapi memandangkan bahkan sejak dahulu lagi para raja-raja dan ketua kumpulan masyarakat begitu dekat dengan budaya 'sabung ayam' , sulit rasanya untuk menghilangkan budaya yang telah berakar dalam masyarakat sejagat ini. Akan tetapi, burung terbang dipipiskan lada, menganggap kemenangan sudah di dalam genggaman tangan, ramai orang yang tidak berfikir panjang ketika bertaruh bagi tim jagoan mereka. Seperti raja dalam cerita yang rela menyerahkan semua harta dan istana. Apabila berfikir bijak, kita semua sedar bahawa masa hadapan tidaklah dapat dipastikan, bak bola yang bundar, ia boleh berguling ke mana sahaja, melambung tinggi, memantul ke perlbagai arah. Bolehlah kita memperkirakan ke mana ia akan mengarah tetapi siapa tahu ia boleh berbelok ke arah lain. Anggapan semacam "pasti menang" ataupun "tidak terkalahkan" sungguh merupakan racun mematikan dalam hal ini. Dan berbeza dengan sang raja yang lantas menepati janji dan menerima kekalahan dengan terbuka, kebanyakan orang tidak boleh memiliki akhlak yang demikian muliaa dan memutuskan untuk mengambil jalan pintas. Sayang, sungguh malang. Pun tidak seperti cerita di atas, raja mendapatkan hartanya kembali kerana menerima kekalahan dengan besar hati, dalam kehidupan nyata, tidak barang seorang akan mengembalikan berpundi-pundi uang yang telah dimenangi kepada mereka yang kalah. Inilah kehidupan... Kita semua boleh melihat bahawa cerita-cerita rakyat ternyata begitu relevan dengan isu semasa. Walaupun ditulis pada masa yang terpaut jauh, ia tetap dapat menggambarkan dengan jelasnya masalah-masalah yang kita temukan dalam kehidupan keseharian masa kini. Benar hidup kita pun sebuah cerita tak bergambar tak berkata, hanya sahaja akhir cerita hidup kita belum lagi ditentukan. Setiap insan ialah pujangga bagi cerita mereka masing-masing dan mereka yang boleh menentukan bagaimana mereka hendak menutup cerita mereka.... Budaya Melayu= saya, anda, kita semua
Jumat, 02 Juli 2010
'Most Malays that I know are very relaxed'Rilek...Benar tak? Pernyataan di atas merupakan antara stereotype untuk orang-orang Melayu yang paling sering didengar dan tersebar luas dalam masyarakat. Ia kerap kali terlintas dalam minda ramai orang bukan Melayu segera semasa sahaja mereka bersua dengan orang Melayu. Stereotype. Stereotype berhubung kait dengan kebudayaan tanpa kita sedari, sebab kebudayaan merupakan cara hidup suatu bangsa. Makanannya, tariannya, muziknya, adat resamnya ialah bahagian daripada budaya. Jika kita perhatikan dengan lebih teliti, orang Melayu hidup dalam pertalian kekeluargaan yang mesra. Hubungan dengan orang tua dan sesama merupakan antara perkara yang diambil berat oleh orang Melayu kebanyakan. Tak hairan apabila acara-acara keluarga sering diadakan mungkin di East Coast Park, mungkin di Pasir ris, di mana-mana sahaja boleh berpiknik atau berjumpa dengan ramai keluarga dan bila-bila ada kesempatan. Gaya hidup yang seperti ini yang mungkin disalahtafsirkan oleh ramai sebagai cara hidup yang terlalu longgar dan rilek. Macam orang Melayu tidak ambil kisah dengan menumpuknya pekerjaan dan tugasan-tugasan lainnya. Padahal, merupakan bahagian daripada kebanyakan budaya untuk menjaga hubungan yang erat dan hidup berharmoni dengan sesama. Hanya sahajaa, bangsa Melayu memiliki cara yang lebih 'lepas' dan 'kelihatan' untuk mengamalkannya. Lagi, remaja Melayu kebanyakan memilki kecintaan yang dalam akan muzik (lagu dan tari). Ia menyebabkan remaja Melayu sering terlihat berkumpul bersama rakan-rakan dengan gitar dan terlibat dalam aktiviti yang terkenal dengan sebutan 'jamming'. Di mana kebanyakan pelajar menyibukkan diri dengan tugasan rumah ataupun ujian peperiksaan, remaja Melayu dengan senang bernyanyi sehingga terkesan tidak banyak ambil kisah. Anggapan bahawa orang Melayu itu rilek pun muncul lagi. Namun, kalau tak ada berada takkan tempua bersarang rendah, aktiviti seperti ini tentunya dilakukan kerana adanya dorongan dan alasan yang pasti. Kecintaan remaja pada muzik telah menjadikan muzik sebahagian besar daripada keperibadian remaja. Ekspresi, idea dan cerminan sahsiah semuanya dapat ditunjukkan melalui muzik. Bukan kerana terlalu rilek dan tidak kisah yang mendorong remaja Melayu untuk melepak bersama rakan-rakan dan bermain muzik, tetapi kerana muzik ialah suatu cara mengekspresikan diri dan ekspresi diri merupakan jantung kehidupan. Natijahnya, muzik di sini memainkan peranan penting untuk memenuhi keperluan rohani ramai remaja. Tidak dapat dinafikan bahawa cara hidup kita banyak bergantung pada budaya. Perspektif orang-orang mengenai keperibadian dan tamadun kita pun dicerminkan melalui budaya yang kita amalkan dalam kehidupan keseharian. Sedar ataupun tidak, bukan mudah untuk menyingkirkan aspek kebudayaan dalam hidup kita. Budaya Melayu itu sudah menjadi satu dengan jasmani mahupun rohani kita, telah mendarah daging (!) |
Escape
Gregy
IngeYolanda BBZ Jee Gabyijo Audrey Yokko Catherine Setiawan Rina Lynn areena pink Iona Alifah Inest Becky Dee Nenoneno Quinsha Sami Fani Natmel Yudis Fajar Kuntilanak (?) Private/dead blogs are strike-through. |