Knock..Knock..Knock.. |
![]() I love stalkers!
![]() More than words.
ShoutMix chat widget You know you love me, too.
Layout is by Cia: (Blog | Acc)Icons/banners are from: Stopthetime / Reviviscent respectively. Links inspiration are from: Alissa. xoxo |
Berkebaya ternyata tidak mudah!
Kamis, 22 Juli 2010
Sempena menyambut hari Keharmonian Kaum, sekolah saya mendorong murid-muridnya untuk memakai pakaian etnik yang ada di Singapura, iaitu Melayu, India dan Cina. Serta-merta saya pun memilih untuk berkebaya. Saya fikir ia merupakan pakaian yang paling nyaman dipakai namun tetap elok dipandang. Namun, ternyata anggapan saya tidak seratus peratus benar. Terdapat sikap dan pesona istimewa yang perlu dijunjung dan ditonjolkan semasa mengenakan busana ini yang secara tidak langsung juga mengajarkan saya nilai-nilai budaya Melayu.Baju etnik, boleh dikatakan merupakan tanda pengenal budaya yang paling berkesan di mata masyarakat dunia. Daripada cara berpakaian tradisional sebuah bangsa dapat diketahui cara hidup, nilai-nilai yang dijunjung tinggi serta sedikit seni budayanya sebab warna, perlengkapan mahupun reka bentuk pakaian kebanyakan mengandung erti-erti tersendiri untuk sesebuah bangsa. Berkebaya sendiri menitikberatkan nilai budaya berhemah tinggi. Wanita Melayu yang menggunakan kebaya selalunya berjalan dengan perlahan dan anggun. Bahagian badan kebaya serat kain songket yang potongannya mengikuti bentuk tubuh mengharuskan siapa sahaja yang memakainya untuk berdiri tegak dan berperawakan lembut. Bukan alang kepalang sulit, bahkan hampir mustahil untuk mereka yang tidak terbiasa memakai baju kebaya, untuk berlari dengan mengenakan busana ini. Seterusnya, nilai sopan santun pun dapat diketengahkan. Pada dasarnya, kebaya memang direka berdasarkan nilai budaya yang satu ini. Pakaian ini tidak mendedahkan bahagian tubuh secara ekstrem. Kebaya berlengan panjang dan kain songket yang dipasangkan dengan kebaya pula menyentuh mata kaki. Daripada reka ini, dapat kita petik satu nilai penting (terutama untuk kaum perempuan) bahawa kesopanan berpakaian sangat penting. Tidak semestinya untuk tampil cantik, wanita berpakaian yang mendedahkan aurat. Betapa pentingnya budaya menjaga kehormatan dan maruah serta kesopanan dalam masyarakat sehingga ia menjadi pertimbangan utama dalam perekaan pakaian etnik bangsa Melayu. Walaupun pada masa lampau lebih banyak dipakai sebagai pakaian sehari-hari, dewasa ini kebaya digunakan pada majlis-majlis resmi tertentu seperti perkahwinan ataupun upacara adat. Kalau tak ada berada takkan tempua bersarang rendah. Ada alasan-alasan tersendiri mengapa kebaya menjadi pilihan utama ramai untuk perayaan-perayaan penting. Selain daripada aspek kesopananan, kebaya yang potongannya selalu tampak kemas di badan pemakai menunjukkan tahap keresmian tersendiri. Corak kain songket dan sulaman pada kebaya menunjukkan seni membatik Melayu yang memang terkenal di serata dunia. Perpaduan warna serta corak yang begitu rumit lebih lagi menunjukkan bahawa kebaya tidak 'asal' dibuat. Tidak hairanlah jika busana ini masih lagi mendapat tempat istimewa di hati masyarakat Melayu. Ia sama peranannya seperti lounge suit untuk masyarakat Barat. Memandangkan sebuah kebaya sahaja mengandung begitu banyak nilai dan erti untuk segenap bangsa Melayu, perawakan saya ketika memakai kebaya sungguh harus dikawal. Sama seperti usaha para pembatik dan penyulam kain songket dan kebaya yang dengan titik peluh serta segenap tenaga menghasilkan busana yang mempesona, saya pun tidak boleh 'asal' memakai pakaian kebaya. Ada nilai-nilai budaya yang patut diberi tumpuan sekaligus dipelajari untuk memperkaya budi dan adat budaya. Tidak salah bukan apabila saya berpendapat bahawa berkebaya itu tidak mudah. |
![]() Escape
Gregy
IngeYolanda BBZ Jee Gabyijo Audrey Yokko Catherine Setiawan Rina Lynn areena pink Iona Alifah Inest Becky Dee Nenoneno Quinsha Sami Fani Natmel Yudis Fajar Kuntilanak (?) Private/dead blogs are strike-through. |