Knock..Knock..Knock.. |
![]() I love stalkers!
![]() More than words.
ShoutMix chat widget You know you love me, too.
Layout is by Cia: (Blog | Acc)Icons/banners are from: Stopthetime / Reviviscent respectively. Links inspiration are from: Alissa. xoxo |
Bicara budaya, jangan lewatkan makanannya
Sabtu, 24 Juli 2010
Siapa yang bersemangat apabila berbincang mengenai makanan?Contohnya saja, apabila kita melancong ke luar negara, objek utama yang menjadi sasaran selalunya ialah makanan setempat. Bertuah, kali ini saya menulis tentang kebudayaan Melayu yang merupakan syurga makanan yang terkenal sentiasa dapat membangkitkan selera. Manusia tidak dapat hidup berjauhan daripada makanan. Sejak kecil lagi, kita sudah diajarkan bahawa keperluan asas manusia untuk tetap bertahan hidup ialah makanan, pakaian dan tempat berteduh. Makanan yang disantap manusia dari berbilang bangsa pun berbeza-beza. Ia tergantung kepada ketersediaan bahan-bahan yang banyak ditemukan di daerah tempat mereka tinggal. Negara-negara di Asia kaya akan rempah-rempah. Sebagai padahnya, kebanyakan penganan yang disuguhkan di Asia memiliki rasa dan aroma yang amat kuat dengan lada, cengkih, jahe dan sebagainya.Cara memasak makanan pun bermacam-macam. Daripada bahan yang sama, cara mengolahnya dapat dipelbagaikan. Saya sendiri memiliki beberapa makanan Melayu kegemaran yang sebetulnya mirip dengan beberapa makanan daripada bangsa lain. Otak-otak vs pepes Jika bangsa Melayu ada otak-otak, bangsa Indonesia pula mengenal pepes. Keduanya menggunakan ikan sebagai bahan dasar yang kemudian dibungkus dengan daun, namun, rasa dan hasil akhirnya berbeza. Otak-otak lazimnya terbuat daripada ikan tilapia merah, patin dan keli. Ia lalu dibungkus dengan daun kelapa atau daun nipan lalu dibakar di atas dapur arang. Pada gigitan pertama, rasa khas daripada ikan air tawar langsung menyengat lidah. Berbeza dengan pepes yang terbuat daripada ikan tenggiri dan masih lagi dicampur dengan telur dan irisan cabai, bawang dan bahan-bahan lain. Hasilnya, rasa ikan yang terdapat di dalamnya tidak lagi begitu terasa, berbaur dengan bahan-bahan lain. Dodol vs Banh Chung Kedua-dua kuih tradisional ini terbuat daripada beras. Bezanya dodol menggunakan tepung beras, sementara banh chung menggunakan beras itu sendiri. Dodol merupakan makanan yang begitu menggambarkan bangsa Melayu. Apabila seseorang ingin menikmati penganan ini, pasti akan langsung terlintas dalam fikiran mereka, Melayu. Dodol terbuat daripada tepung beras, santan, gula dan garam. Warnanya cokelat tua dan berkilat. Sungguh menggoda selera biar dipandang sahaja. Proses pembuatan dodol memakan masa yang lama, lebih kurang 4 jam. Kemahiran dan pengetahuan tertentu diperlukan dalam membuat dodol. Ia tidak boleh asal dibuat sahaja untuk mendapatkan rasa yang sempurna. Oleh itu, generasi muda yang tidak memilki kesabaran akan mengalami kesuliatan membuat dodol, kebanyakan orang-orang tua yang mahir membuat dodol. Banh chung berwarna hijau. Ia pun berkilat walaupun tidak nampak sejelas kilat dodol. Di dalamnya dimasukkan pelbagai kacang-kacangan yaang berukuran sama. Beras harus direndam sepanjang hari sebelum diolah untuk mendapatkan hasil yang baik. Rasanya pun berbeza dengan dodol yang manis dan lembut dikunyah. Banh chung memiliki tekstur yang lebih keras. Rendang vs Steak Bicara tentang daging, siapa boleh menyangkal kenikmatan rendang? Rasa pedasnya yang berbaur dengan santan kelapa, dagingnya yang empuk menjadikan rendang antara makanan yang paling dicari dan digemari oleh pelancong. Bumbunya pula menambah kenikmatan dan keunikan hidangan ini. terdapat serentetan bahan-bahan yang digunakan untuk membuat rendang. Ia hampir seperti asal mencampur rempah-rempah ke dalam satu hidangan. Namun, buku jangan asal dipandang sampulnya, rendang pun jangan hanya dipandang bentuknya. Campuran kelapa, kunyit, cabai, lengkuas justeru memberikan rasa yang berbeza daripada masakan lain yang menggunakan daging sapi juga. Terutama sekali untuk mereka yang menyukai penganan pedas, rendang merupakan makanan yang mesti disantap. MESTI. Versi barat daripada rendang adalah steak. Daging sapi dipanggang dan tidak dipotong kecil-kecil seperti rendang. Kemudian kuah berwarna cokelat pekat yang kaya akan lada, kecap dan bawang akan dituangkan di atasnya. Steak biasanya disajikan dengan kentang goreng dan sayur-sayuran rebus. Meskipun steak pun sudah dikenal dan digemari oleh ramai bangsa di Asia sejak lama, saya sendiri lebih memilih rendang, mungkin kerana saya penggemar rasa pedas dan rendang berhasil menciptakan 'burning sensation' setiap kali saya menyantapnya. Sebagai akhirulakalam, makanan banyak mempegaruhi dan dipengaruhi oleh cara hidup sesebuah bangsa yang tinggal di satu tempat. Oleh itu, ia juga merupakan bahagian penting daripada budaya yang tidak boleh (dan kemungkinan besar tidak akan) terlupakan. Sebab, pada zaman ini di mana industri pelacongan kian berkembang, selain daripada seni persembahan, makanan merupakan aset berharga untuk sebuah bangsa supaya kekal dikenang. |
![]() Escape
Gregy
IngeYolanda BBZ Jee Gabyijo Audrey Yokko Catherine Setiawan Rina Lynn areena pink Iona Alifah Inest Becky Dee Nenoneno Quinsha Sami Fani Natmel Yudis Fajar Kuntilanak (?) Private/dead blogs are strike-through. |