Knock..Knock..Knock..

I love stalkers!
Irene Cyrena's Facebook profile

More than words.

ShoutMix chat widget

You know you love me, too.
Layout is by Cia: (Blog | Acc)
Icons/banners are from: Stopthetime / Reviviscent respectively.
Links inspiration are from: Alissa. xoxo
Budaya dalam tarian
Jumat, 23 Juli 2010
Di mana dapat kutemukan budaya Melayu? Jawapannya mudah sahaja, kawan. Dalam dendang lagu, tutur kata, GERAK TARI.

Kebanyakan ragam tarian yang diciptakan dewasa ini mungkin lebih cenderung untuk mengekspresikan emosi . Ya, emosi kerap kali nampak jelas dalam tarian semacam tari kontemporer dan tango. Kontemporer yang kental dengan melankolisme dan tango yang menampakkan romansa yang membara. Sekalipun ada tarian yang lebih memberikan tumpuan kepada gerakan, bukan segi emosi yang ditonjolkan, seperti hip hop, gerakannya pun masih terpaku pada lagu yang dimainkan. Maksudnya, ragam tarian mengikuti lirik lagu dan mengekspresikan lagu yang dimainkan.

Namun, lain ceritanya dengan tarian tradisional Melayu...

Tarian tradisional Melayu pula jarang yang menyerlahkan emosi. Kebanyakan tarian ini bertumpu pada penciptaan ragam yang anggun, lembut, namun tetap bertenaga. Uniknya, berbeza dengan hip hop, tarian Melayu tidak mengekspresikan lagu yang dimainkan, justeru sebaliknya, lagu yang dimainkan hanya memperkuat kesan daripada ragam yang ditarikan.

Ragam Melayu diciptakan berdasarkan kehidupan keseharian orang-orang Melayu. Dengan kata lain, BUDAYA masyarakat Melayu. Rangkaian ragamnya biasanya melambangkan suatu upacara atau kegiatan yang sangat dekat dengan kehidupan masyarakatnya.

Contohnya, tarian ayam didik yang menggambarkan budaya sabung ayam yang pada dulunya sangat popular di kalangan pemuda Melayu. Gerakannya mengikuti gerakan ayam jantan yang sedang bersabung. Ada juga tarian Cinta sayang yang melambangkan ucapan selamat pergi dan pulang ketika pergi menangkap ikan di laut. Ia menyerlahkan kehidupan orang Melayu pada zaman dahulu yang kebanyakan mungkin bekerja sebagai nelayan. Tarian canggung merupakan antara tarian yang paling unik. Ia disebabkan kerana selain menari para penarinya juga harus turut menyanyikan pantun-pantun Melayu. Daripada tarian ini dua aspek budaya Melayu dapat diperoleh. Budaya berpantun dan seni tari itu sendiri.

Pendek kata, dengan menonton tarian Melayu kita dapat lebih memahami budaya dan kebiasaan kehidupan orang-orang Melayu sebab kebanyakan tarian dibuat berdasarkan budaya yang berakar umbi di golongan masyarakat Melayu. Sambil menyelam minum air, begitulah kata pepatah. Di samping persembahan seni tari yang memukau, secara tidak langsung kita juga sebenarnya sedang menyaksikan peragaan budaya Melayu, sama ada yang masih berlaku sampai masa kini ataupun yang sudah tidak diamalkan lagi. Pastinya, kita tidak akan pulang dengan hanya perasaan kagum akan gerakan tariannya sahaja, tetapi juga dengan pengetahuan baharu akan kebudayaan Melayu.

Terbentuk bangsa kerana budaya. Dengan kata lain budaya ialah perekat bangsa. Tidak berlebihan bukan apabila budaya kita berusaha menonjolkan budaya dalam apa-apa sahaja aktiviti yang kita lakukan demi menjaga budaya agar selalu dekat dengan hidup kita dan dilestarikan pengamalannya.



Escape
Gregy Inge
Yolanda BBZ
Jee Gabyijo
Audrey Yokko
Catherine Setiawan
Rina Lynn
areena pink
Iona
Alifah Inest
Becky Dee
Nenoneno Quinsha
Sami Fani
Natmel Yudis
Fajar Kuntilanak (?)

Private/dead blogs are strike-through.