Knock..Knock..Knock..

I love stalkers!
Irene Cyrena's Facebook profile

More than words.

ShoutMix chat widget

You know you love me, too.
Layout is by Cia: (Blog | Acc)
Icons/banners are from: Stopthetime / Reviviscent respectively.
Links inspiration are from: Alissa. xoxo
Khazanah sastera Melayu
Minggu, 04 Juli 2010
Bolehlah posting kali ini saya mulakan dengan cerita-cerita rakyat Melayu yang sungguh menawan hati...(petikan daripada: http://books.google.com.sg/books?#id=xaDvPTglxZUC&pg=PA117&lpg=PA117&dq=cerita+rakyat+pak+pandir&source=bl&ots=ZaXNppq4df&sig=7aewtghB8x4on70AQVM2AK9nOHo&hl=en&ei=-iIxTNGNFJSkcbv04K0D&sa=X&oi=book_result&ct=result&resnum=5&ved=0CC8Q6AEwBA#v=onepage&q&f=false)

Ada sepasang suami isteri tinggal di sebuah kampung. Setelah anak itu besar, mereka berhajatkan anak lelaki pula. Beberapa tahun kemudian, keluarga itu amat gembira. Si isteri melahirkan anak lelaki. Malangnya anak itu amat ganjil, dia bertanduk di kepala. Suami isteri itu amat malu. Mereka pun menyiapkan sebuah peti. Di dalam peti itu dimasukkan sebiji telur dan segantang beras. Bayi ganjil itu juga dimasukkan ke dalam peti. Mereka menghanyutkan peti itu ke dalam sungai...
-cerita Kasih Sejati.
Remuk redam hati ini membayangkan perbuatan suami isteri tersebut. Bagi mereka kebahagiaan menjadi orang tua tiadalah sebanding dengan rasa malu yang harus ditanggung dan bukan sebaliknya. Habis manis sepah dibuang. Ketika mengetahui anak mereka memiliki kecacatan dia tidak lagi dihargai lalu dihempaskan dari kehidupan, jauh dari ingatan. Seolah telah meramalkan masa hadapan, penulis telah menceritakan gejala sosial yang kini melanda masyarakat. Aborsi. Sampai saat ini, telah terdapat kira-kira 20 juta aborsi yang dilakukan di serata dunia. Aib dan malu, apabila bayi lahir di luar nikah. Payah membesarkan jika dia lahir cacat. Apalah dosa bayi-bayi ini sehingga mereka tidak lagi berhak dihadiahi dunia?

Sungguh jauh lebih memerihkan 'cerita masyarakat' masa kini.


Awang pun tiba di gelanggang sabung. Keadaan di situ terlalu gamat dengan sorak-sorai orang ramai. Rupa-rupanya ayam raja sedang bersabung. Ayam raja menang.
"Siapa lagi yang ingin bersabung dengan si Beliring Emas?" tanya raja.
"Hamba, Tuanku," jawab Awang.
"Apa pertaruhanmu, wahai budak?" tanya raja.
"Jiwa raga hamba, Tuanku,"jawab Awang.
"Bagus, beta pun perlukan seorang hamba untuk membawa pulang semua harta yang beta menangi," titah raja.
Maka bertarunglah Ketukung Togel dengan si Beliring Emas. Tiba-tiba seperti kilat, Ketukung Togel menyerang rusuk lawannya. Beberapa ketika kemudian, si Beliring Emas pun tergolek mati. Maka, raja pun menyerahkan semua harta dan negerinya kepada Awang. Raja sendiri pula harus memikul semua harta yang dimenangi Awang ke istananya. Apabila tiba di istana, Awang memberikan semula semua harta kepada mereka yang kalah. Dia juga mengembalikan istana dan negeri kepada raja. Awang sayang dan hormat kepada raja kerana baginda menepati janji...
-cerita Ketukung Togel



Negara-negara bola sepak raksasa seperti Perancis, bahkan juara dunia tahun 2006 sekalipun, Itali , ditumbangkan oleh lawan yang sama sekali tidak diunggulkan, Afrika Selatan dan Slovakia. Jerman dikalahkan oleh Serbia. Tambahan pula Sepanyol yang sempat tersandung pada pertandingan pertama melawan Switzerland. (Bertuah, mereka masih boleh memenangi pertandingan berikutnya dan kini memasuki putaran seperempat final :D)



Berita buruk bagi pencinta bola sepak dan pendukung kedua-dua negara, BENCANA BAGI PENJUDI BOLA SEPAK.



Siapa boleh menyangka akan seperti ini jadinya, hampir semua negara yang boleh dikatakan merupakan jagoan ramai orang justeru tampil mengecewakan. Pertandingan Bola Sepak Dunia tahun ini memang penuh kejutan !



Sebagai padahnya, kes-kes bunuh diri kerana masalah kalah taruhan bola ataupun gejala-gejala penyakit jiwa meroket dalam masyarakat. Pada dasarnya segala bentuk perjudian tidak peduli betapapun kecilnya ia, diharamkan di banyak agama dan golongan masyarakat. Akan tetapi memandangkan bahkan sejak dahulu lagi para raja-raja dan ketua kumpulan masyarakat begitu dekat dengan budaya 'sabung ayam' , sulit rasanya untuk menghilangkan budaya yang telah berakar dalam masyarakat sejagat ini.



Akan tetapi, burung terbang dipipiskan lada, menganggap kemenangan sudah di dalam genggaman tangan, ramai orang yang tidak berfikir panjang ketika bertaruh bagi tim jagoan mereka. Seperti raja dalam cerita yang rela menyerahkan semua harta dan istana. Apabila berfikir bijak, kita semua sedar bahawa masa hadapan tidaklah dapat dipastikan, bak bola yang bundar, ia boleh berguling ke mana sahaja, melambung tinggi, memantul ke perlbagai arah. Bolehlah kita memperkirakan ke mana ia akan mengarah tetapi siapa tahu ia boleh berbelok ke arah lain. Anggapan semacam "pasti menang" ataupun "tidak terkalahkan" sungguh merupakan racun mematikan dalam hal ini.



Dan berbeza dengan sang raja yang lantas menepati janji dan menerima kekalahan dengan terbuka, kebanyakan orang tidak boleh memiliki akhlak yang demikian muliaa dan memutuskan untuk mengambil jalan pintas. Sayang, sungguh malang.



Pun tidak seperti cerita di atas, raja mendapatkan hartanya kembali kerana menerima kekalahan dengan besar hati, dalam kehidupan nyata, tidak barang seorang akan mengembalikan berpundi-pundi uang yang telah dimenangi kepada mereka yang kalah.
Inilah kehidupan...



Kita semua boleh melihat bahawa cerita-cerita rakyat ternyata begitu relevan dengan isu semasa. Walaupun ditulis pada masa yang terpaut jauh, ia tetap dapat menggambarkan dengan jelasnya masalah-masalah yang kita temukan dalam kehidupan keseharian masa kini.
Benar hidup kita pun sebuah cerita tak bergambar tak berkata, hanya sahaja akhir cerita hidup kita belum lagi ditentukan. Setiap insan ialah pujangga bagi cerita mereka masing-masing dan mereka yang boleh menentukan bagaimana mereka hendak menutup cerita mereka....





Escape
Gregy Inge
Yolanda BBZ
Jee Gabyijo
Audrey Yokko
Catherine Setiawan
Rina Lynn
areena pink
Iona
Alifah Inest
Becky Dee
Nenoneno Quinsha
Sami Fani
Natmel Yudis
Fajar Kuntilanak (?)

Private/dead blogs are strike-through.