Knock..Knock..Knock..

I love stalkers!
Irene Cyrena's Facebook profile

More than words.

ShoutMix chat widget

You know you love me, too.
Layout is by Cia: (Blog | Acc)
Icons/banners are from: Stopthetime / Reviviscent respectively.
Links inspiration are from: Alissa. xoxo
Intan berlian bahasa : PANTUN
Jumat, 16 Juli 2010
Tingkap papan kayu bersegi
Sampan sakat di Pulau Angsa
Indah tampan kerana budi
Tinggi darjat kerana bahasa


Apalah jadinya apabila bahasa Melayu tidak pernah mengenal pantun? Boleh dikatakan ia seperti sayuran masak tanpa garam. Hambar.


Secara amnya, pantun ialah salah satu seni berbahasa dalam budaya Melayu. Ia merupakan perpaduan daripada ketajaman minda dan kemahiran menggunakan bahasa. Seseorang mesti dapat mengaitkan pantun yang biasanya digunakan sebagai pembuka mahupun penutup hujah dengan pesan yang hendak disampaikan. Bahasa yang digunakan elok didengar, namun makna daripada pantun tersebut tetap dapat difahami oleh ramai orang secara jelas.


Pantun merupakan budaya berbahasa Melayu yang unik. Dua baris pertama daripada pantun selalunya membuat hati menerka-nerka apa yang hendak dikata berikutnya. Pesan yang disampaikan melalui pantun juga lebih lekat di ingatan sebab cara penyampaiannya yang tidak biasa.


Biasanya, ramai orang berpendapat bahawa bahasa yang dirangkai dengan kata-kata indah dan menjurus ke sastera sulit dimengerti isinya. Hanya beberapa golongan tertentu yang dapat sungguh menelaah dan kemudian menterjemahkan untaian kata-kata istimewa ini ke dalam bahasa awam. Akan tetapi, bahasa merupakan khazanah setiap insan yang berbangsa, satu untuk semua. Malang betul tentunya apabila bahasa tidak dapat dinikmati oleh pemiliknya. Tambahan pula, tidak kisah seberapa indah bahasa yang tertulis mahupun terucap itu, apabila ia tidak dapat dimengerti, keindahannya akan sia-sia belaka. Budaya berpantun tidak perlu berdepan dengan masalah demikian.
align="left">


Pantun boleh menjadikan pesan sederhana yang disampaikan oleh seseorang lebih berkesan. Tidak semestinya pesan yang sederhana juga disampaikan seperti bayu yang berpuput lesu di telinga pendengarnya. Perpaduan kata-kata kias boleh menambat hati pendengar dan tentunya akan lebih berkesan. Namun, walaupun sudah sipadukan dengan kata-kata kias, pesan yang disampaikan masih dapat dengan jelas diterima. Tidak hairan apabila budaya berpantun begitu dekat dengan masyarakat Melayu. Ia merupakan seni berbahasa yang dapat digunakan di kehidupan keseharian dan ketika berhadapan dengan orang dari segala golongan masyarakat. Terpelajar ataupun tidak,tua dan muda.


Tinggi darjat kerana bahasa.
Jika bahasa dikatakan sebagai budi bangsa yang mencerminkan darjat masyarakatnya, alangkah elok apabila setiap insan dalam masyarakat dapat berbahasa dengan baik. Bukan hanya asal bicara, tetapi dapat menyiratkan keindahan dan kekayaan daripada bahasa yang digunakan. Untuk menyampaikan suatu pesan atau amanah melalui puisi, payah betul. Setidaknya puisi harus terdiri daripada dua bait dan bahasa yang digunakan pun tinggi sudah tingkat kesulitan dan pemahamannya. Bagaimana dengan 4 baris kalimat yang terdiri dari dua baris kalimat kiasan dan seterusnya pesan dapat disampaikan dengan jelas? Pantun.


Setiap masa, di mana sahaja, kita boleh berpantun dengan masyarakat sebangsa. Bahasa tak alang kepalang menawan, pesan tersampaikan dan budaya kian terserlah. Inilah intan berlian bahasa kita. Pantun.



Escape
Gregy Inge
Yolanda BBZ
Jee Gabyijo
Audrey Yokko
Catherine Setiawan
Rina Lynn
areena pink
Iona
Alifah Inest
Becky Dee
Nenoneno Quinsha
Sami Fani
Natmel Yudis
Fajar Kuntilanak (?)

Private/dead blogs are strike-through.