Knock..Knock..Knock.. |
![]() I love stalkers!
![]() More than words.
ShoutMix chat widget You know you love me, too.
Layout is by Cia: (Blog | Acc)Icons/banners are from: Stopthetime / Reviviscent respectively. Links inspiration are from: Alissa. xoxo |
Panggung emas
Senin, 12 Juli 2010
Selalu teringat malam di mana saya menonton sandiwara Bawang Putih Bawang Merah. Ia merupakan sebuah pementasan yang menakjubkan. Ceritanya, seperti kebanyakan cerita rakyat lain, kaya akan pesan moral. Tambahan pula, tokoh-tokoh dalam cerita ini dilakoni dengan penuh penghayatan.Tetapi, selain daripada kemahiran para pelakonnya yang berjaya menghidupkan tokoh-tokoh utama seperti Bawang Putih, Bawang merah dan Mak Kenduri, keelokan pementasan ini juga terletak pada pengaturan cahaya serta muziknya. Penggunaan seruling sebagai alat muzik utama boleh menciptakan suasana yang sendu ketika ayah Bawang Merah meninggal mahupun pada saat Mak Kenduri memperlakukan Bawang Merah tanpa belas kasih. Alunan muziknya mendayu-dayu memenuhi seluruh teater dan banyak mempengaruhi perasaan penontonnya. Semasa adegan ini, hanya terdengar isak tangis merdu Bawang Merah dan suara seruling yang mengalun mesra. Tak sedikit penonton yang dibuat menitikkan air mata olehnya. Pemain kompang mula dengan lincahnya memainkan ala muzik ini dan menciptakan rentak nada yang menghibur hati. Kebanyakan kompang dimainkan ketika Bawang Merah berayun-ayun di hutan dan juga ketika Putera Raja berburu. Lebih menariknya lagi, muzik untuk pementasa drama tidak dirakam terlebih dahulu, melainkan dimainkan langsung semasa pementasan. Di samping panggung utama, terdapat panggung kecil untuk para pemain muzik. Mata ini juga tak lelah memandang panggung yang dihias dengan cantiknya. Banyak hiasan-hiasan panggung yang digunakan dengan warna-warna yang menarik. Pohon buatan dan bunga-bungaan semuanya memancarkan cahaya yang membuat ramai orang berdecak kagum ketika sorot lampu menyapu panggung . Ia juga merupakan satu hal yang saya kagumi daripada seni pementasan Melayu. Penggunaan warna yang berani. Tidak seperti kebanyakan drama beraliran kontemporer masa kini yang menggunakan warna-warna gelap dan sedikit benda di panggung, pementasan Melayu terkesan begitu detil dan kaya akan seni, sama ada ia seni lukis, seni hias ataupun muzik, Beberapa nyanyian diselingkan di dalam dialog pelakonnya. Gurindam dan pantun pula menambah kepelbagaijenisan dialog dalam drama ini. Bahasa yang digunakan dalam pantun dan gurindam, apabila saya tidak tersilap, merupakan bahasa Melayu lama. Sudah jarang sekali terdengar dewasa ini. Namun justeru itulah yang menjadi daya tarik tersendiri. Keindahan berbahasa. Tidak terlupakan : sesaat setelah lampu dimatikan dan hanya panggung yang bersinar terang dengan warna-warna yang berpadu indah, bolehlah saya katakan panggung itu nampak bercahaya bak emas, lantainya, dindingnya, semuanya mampu menciptakan pemandangan yang sempurna ketika menggambarkan hutan asri tempat Bawang Merah bermain dan istana tempat dia tinggal kelak. Pemandangan yang tidak terlupakan |
![]() Escape
Gregy
IngeYolanda BBZ Jee Gabyijo Audrey Yokko Catherine Setiawan Rina Lynn areena pink Iona Alifah Inest Becky Dee Nenoneno Quinsha Sami Fani Natmel Yudis Fajar Kuntilanak (?) Private/dead blogs are strike-through. |