Knock..Knock..Knock..

I love stalkers!
Irene Cyrena's Facebook profile

More than words.

ShoutMix chat widget

You know you love me, too.
Layout is by Cia: (Blog | Acc)
Icons/banners are from: Stopthetime / Reviviscent respectively.
Links inspiration are from: Alissa. xoxo
Sentuhan baharu untuk muzik melayu di setiap generasi
Sabtu, 17 Juli 2010
Evolusi merupakan perubahan secara beransur-ansur pada setiap generasi. Evolusi merupakan pembentukan yang lebih kompleks. Evolusi merupakan pembaharuan tanpa menghilangkan unsur-unsur yang telah lebih dulu dibentuk. Semasa hari silih berganti dan detik-detik kehidupan terus bergulir, dunia berevolusi. Manusia, haiwan, tumbuhan, fesyen, makanan, budaya, MUZIK..



Di mana ujung pangkal muzik melayu? Dewasa ini kita semua mengenal dangdut sebagai salah satu aliran muzik yang begitu dekat dan lekat dengan budaya Melayu. Namun, bukan rahsia pula bahawa dangdut merupakan perpaduan daripada lantunan mendayu-dayu muzik Melayu dengan irama 'meliuk' dari India. Lantas, bagaimana alunannya muzik Melayu kali pertama ia didendangkan?



Pada dasarnya, muzik itu sendiri memang didekripsikan sebagai gudang kreativiti. Ia tidak hanya terdiri daripada satu unsur melainkan terdiri dari pelbagai macam perpaduan dengan banyak elemen menarik muzik-muzik lain. Sukar rasanya untuk boleh mengetahui jenis lagu dan irama mana yang merupakan muzik melayu 'murni'.



Walaupun demikian, dangdut jelas memiliki moyang. Melayu Deli.

Melayu Deli kental dengan alunan instrumen suling, akordeon, bas, gambus, dan juga gendang. Ia merupakan aliran muzik yang naik marak di sekitar tahun 50an dan begitu terkenal di serata masyarakat Melayu. Penyanyi-penyanyi yang menjadi pasukan garda depan muzik melayu seperti Elvy Sukaesih, Said Effendi, Elya Agus turut menciptakan lagu-lagu yang disukai ramai. Hingga kini semasa lagu-lagu Melayu lama ini didendangkan, ia boleh membangkitkan kenangan lama pendengarnya. Beberepa lagu bahkan masih sering terdengar di majlis-majlis perkahwinan (sayang saya belum lahir di zaman ini, payahlah rasanya mendengar lagu macam ini berbanding dengan Alejandro-Lady Gaga :D)

Aliran lain daripada muzik Melayu yang juga dikenal ramai pada zaman ini adalah keroncong. Jenis muzik ini, banyak menggunakan instrumen ukulele, gitar, flut yang menggantikan suling dan selo yang menggantikan gendang. Ia kali pertama diperkenalkan oleh bangsa Portugis yang datang ke Nusantara. Tak lama setelah ini, keroncong sudah dikenal hingga ke semenanjung Malaka dan seluruh Indonesia. Lagi-lagi kerana saya memang bukan pemuja lagu rentak lambat, hanya satu sahaja lagu keroncong yang boleh saya sebutkan judulnya, Selendang Sutera.

Ketika lenganku terluka, selendang suteramu turut berjasa. Selendang sutera kini pembalut luka, cabik semata tercapai tujuannya.

Generasi pun berganti dan evolusi terjadi. Rhoma Irama dan Koes Plus menguasai industri muzik melayu dengan membawa sentuhan baharu bagi muzik Melayu. Dangdut namanya. Tabla menggeser penggunaan gendang, unsur muzik India dan Arab sayu-sayu terdengar di tengah rentakan dangdut yang kebanyakan lebih pantas daripada keroncong ataupun Melayu Deli. Kini, bukan pemandangan baharu lagi melihat masyarakat melayu bergoyang mengikuti irama dangdut dengan dua jempol teracung seolah hendak memberi tahu sesiapa sahaja yang lewat bahawa muzik dangdut ini 'sedap sangaaaaaatttttttt dik...'

Kalau kali ini saya tidak tertinggal jauh daripada segi generasi. Bolehlah saya sesekali menikmati muzik dangdut. Ternyata irama dangdut dapat juga menentramkan fikiran yang sedang carut marut. Terutama apabila muzik yang mengalun tidak hanya didendangkan belaka tetapi juga turut ditarikan sesuai dengan rentaknya. Bersyukur sungguh bersyukur bangsa Melayu yang diberikan kurnia keindahan muzik yang begini.

E...VO...LU...SI...
Dua puluh tahun di masa depan, muzik macam apa lagi yang boleh kita nanti? Dua puluh tahun ke depan, usia saya pun sudah tidak terbilang muda-hampir mendekati 40 tahun!!- mungkin saya pun akan lebih memilih untuk bergoyang seirama dengan muzik dangdut berbanding dengan jenis-jenis muzik baharu. Tetapi alangkah tenteramnya hati apabila mengetahui budaya Melayu masih dapat terus berkembang dan kreativiti anak bangsa tidak mati terhakis zaman. Sebab evolusi, apa pun bentuknya, hanya akan terjadi apabila ada ikhtiar yang dilakukan untuk terus bertahan di tengah pergantian masa dan budaya yang pantas. Jika yang terjadi sebaliknya, mungkin dua puluh tahun dari sekarang , dangdut pun hanya tinggal di dalam kotak-kotak kosong CD yang berselimut debu di pinggiran rumah. Terlupakan, saya katakan.



Escape
Gregy Inge
Yolanda BBZ
Jee Gabyijo
Audrey Yokko
Catherine Setiawan
Rina Lynn
areena pink
Iona
Alifah Inest
Becky Dee
Nenoneno Quinsha
Sami Fani
Natmel Yudis
Fajar Kuntilanak (?)

Private/dead blogs are strike-through.