Knock..Knock..Knock..

I love stalkers!
Irene Cyrena's Facebook profile

More than words.

ShoutMix chat widget

You know you love me, too.
Layout is by Cia: (Blog | Acc)
Icons/banners are from: Stopthetime / Reviviscent respectively.
Links inspiration are from: Alissa. xoxo
Budaya Melayu= saya, anda, kita semua
Jumat, 02 Juli 2010
'Most Malays that I know are very relaxed'

Rilek...Benar tak?

Pernyataan di atas merupakan antara stereotype untuk orang-orang Melayu yang paling sering didengar dan tersebar luas dalam masyarakat. Ia kerap kali terlintas dalam minda ramai orang bukan Melayu segera semasa sahaja mereka bersua dengan orang Melayu. Stereotype.
Stereotype berhubung kait dengan kebudayaan tanpa kita sedari, sebab kebudayaan merupakan cara hidup suatu bangsa. Makanannya, tariannya, muziknya, adat resamnya ialah bahagian daripada budaya.
Jika kita perhatikan dengan lebih teliti, orang Melayu hidup dalam pertalian kekeluargaan yang mesra. Hubungan dengan orang tua dan sesama merupakan antara perkara yang diambil berat oleh orang Melayu kebanyakan. Tak hairan apabila acara-acara keluarga sering diadakan mungkin di East Coast Park, mungkin di Pasir ris, di mana-mana sahaja boleh berpiknik atau berjumpa dengan ramai keluarga dan bila-bila ada kesempatan.
Gaya hidup yang seperti ini yang mungkin disalahtafsirkan oleh ramai sebagai cara hidup yang terlalu longgar dan rilek. Macam orang Melayu tidak ambil kisah dengan menumpuknya pekerjaan dan tugasan-tugasan lainnya. Padahal, merupakan bahagian daripada kebanyakan budaya untuk menjaga hubungan yang erat dan hidup berharmoni dengan sesama. Hanya sahajaa, bangsa Melayu memiliki cara yang lebih 'lepas' dan 'kelihatan' untuk mengamalkannya.
Lagi, remaja Melayu kebanyakan memilki kecintaan yang dalam akan muzik (lagu dan tari). Ia menyebabkan remaja Melayu sering terlihat berkumpul bersama rakan-rakan dengan gitar dan terlibat dalam aktiviti yang terkenal dengan sebutan 'jamming'. Di mana kebanyakan pelajar menyibukkan diri dengan tugasan rumah ataupun ujian peperiksaan, remaja Melayu dengan senang bernyanyi sehingga terkesan tidak banyak ambil kisah. Anggapan bahawa orang Melayu itu rilek pun muncul lagi.
Namun, kalau tak ada berada takkan tempua bersarang rendah, aktiviti seperti ini tentunya dilakukan kerana adanya dorongan dan alasan yang pasti. Kecintaan remaja pada muzik telah menjadikan muzik sebahagian besar daripada keperibadian remaja. Ekspresi, idea dan cerminan sahsiah semuanya dapat ditunjukkan melalui muzik. Bukan kerana terlalu rilek dan tidak kisah yang mendorong remaja Melayu untuk melepak bersama rakan-rakan dan bermain muzik, tetapi kerana muzik ialah suatu cara mengekspresikan diri dan ekspresi diri merupakan jantung kehidupan. Natijahnya, muzik di sini memainkan peranan penting untuk memenuhi keperluan rohani ramai remaja.
Tidak dapat dinafikan bahawa cara hidup kita banyak bergantung pada budaya. Perspektif orang-orang mengenai keperibadian dan tamadun kita pun dicerminkan melalui budaya yang kita amalkan dalam kehidupan keseharian. Sedar ataupun tidak, bukan mudah untuk menyingkirkan aspek kebudayaan dalam hidup kita.
Budaya Melayu itu sudah menjadi satu dengan jasmani mahupun rohani kita, telah mendarah daging (!)



Escape
Gregy Inge
Yolanda BBZ
Jee Gabyijo
Audrey Yokko
Catherine Setiawan
Rina Lynn
areena pink
Iona
Alifah Inest
Becky Dee
Nenoneno Quinsha
Sami Fani
Natmel Yudis
Fajar Kuntilanak (?)

Private/dead blogs are strike-through.